Monday 17 December 2012

Subhanallah ! Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap..




Tahukah anda dimana tanda-tanda Kiamat Kecil telah lengkap. Harus diingati dimana kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Kewujudan Yakjuj dan Ma'juj ini juga telah dibongkarkan oleh NASA penemuan tersebut mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif hidup 20 batu di bawah tanah.

Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia.

Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


1-Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.


2-Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Kalau anda tengok di Media bersepah pasal Zina tu yang keluar media yang tak keluar media lagi la banyak agak-agak masa korang tengah baca artikel ini ade berapa ramai yang tengah berzina di dunia ini.. Subhanallah!


3-Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Ini memang tidak dapat nak dinafikan alat muzik sememang nya bermaharaja lela, cuba lihat media sekarang, bersepah rancangan-rancangan muzik dan program-program yang melalaikan.


4-Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Masjid-masjid yang dibina tersergam indah bagai mahligai dengan ketinggian yang menggapai awan...tidak sama jika dibandingkan di zaman Rasulullah s.a.w..

Sebab Baginda s.a.w penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!


Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah iaitu Menara Jam Di Raja Mekah.bacalah artikel berkenaan dengan Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.


5-Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6-Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.


7-Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia”
- Riwayat Thabrani.


8-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.


9-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.( berpakaian seperti tak cukup kain.. )


10-Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani.


11-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Zaman sekarang nie kita sukar untuk membezakan dan keliru samaada berita yang di sampaikan tersebut adalah benar ataupun tidak.


12-Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.


13-Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.


Apakah arab akan kembali menjadi padang rumput semula seperti mana pernah di lakunkan dalam cerita The Mummy : Scorpion King ?


14-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai.


15-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.





Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslim).


Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat.


Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.


2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.


3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.


4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!


5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.


6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.


7. Gempa bumi di Timur.


8. Gempa bumi di Barat.


9 .Gempa bumi di Semenanjung Arab.


10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


MAKA BERSEDIALAH WAHAI UMAT ISLAM..

Wallahu'alam bissawab.





Cahaya Matahati


Saturday 15 December 2012

Anak Adalah Amanah..






Hadis Rasulullah SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.” – riwayat Bukhari dan Muslim.


Pilihan di tangan kita untuk mencorakkan mereka...

Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar untuk menyayangi.
Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar jadi yakin.
Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitaran.
Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
Jika anak hidup dengan adab, dia belajar sopan santun.
Jika anak hidup dengan keyakinan, dia belajar membina jati diri.
Jika anak hidup dengan penghargaan, dia belajar membina maruah diri.
Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia tempat memberangsangkan.
Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
Jika anak hidup dengan al-Quran, dia belajar mengenali Tuhan.
Jika anak faham Al-Quran dan Hadis, dia faham apa itu akhirat.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
Jika anak hidup dalam caci maki, dia belajar jadi pembenci.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
Jika anak hidup dengan hukuman, dia akan jadi pendendam.
Jika anak hidup dalam penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah
Jika anak hidup dengan sumpahan, dia hanya faham maksud kegagalan.
Jika anak hidup dengan air mata, dia belajar dunia hanya ada derita...."Ya Allah!! Jadikan hamba-Mu ini anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami dan jadikan anak2 kami hamba-Mu yg soleh dan solehah, penyejuk hati dan pembantu kami di akhirat nanti, amiiinn!!

sharing is caring.

info dari SINI


Cahaya Matahati


Friday 14 December 2012

You and HIM..


You ask; HE gives. 
You cry; HE listens. 
You call; HE runs. 
You sin; HE forgives. 
You repent; HE forgets. 
You knock; HE opens. 
You attend; HE welcomes. 
You nag; HE hears. 
You request; HE accepts. 
You question; HE solves. 
You plea; HE resolves. 
You take; HE provides. 
You insist; HE grants.

Everything You do, is about You & everything He does, is about You !

“So which of the favors of your Lord would you deny ?” - [ Qur’an 55:13 ]


Cahaya Matahati

Thursday 13 December 2012

Makna Silaturrahim..







Makna silatur rahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat.

Pendapat yang lebih tepat berkaitan dengan maksud silatur rahim ialah hubungan di antara kerabat atau keluarga sahaja.

Hubungan selain daripada ahli keluarga, bukan disebut silatur rahim, ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Silah bermaksud hubungan dan ar-Rahim bermaksud pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Imam Ibnul Atsir berkata, "Silatur rahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat.
Manakala memutuskan silatur rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata "Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis nasab (keturunan), sama ada berhak mewarisi atau tidak, samada mahram atau tidak".

Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silatur rahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram:


1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak.


2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.

Firman Allah SWT. “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisaa’: Ayat 1)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatur rahim.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahu'alam bissawab.

Moga ada manfa'at...

Sumber

Cahaya Matahati


Wednesday 12 December 2012

Anak Derhaka..



Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Via


Cahaya Matahati


Air Dimasuki Lalat Boleh Diminum...



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)

Wednesday 5 December 2012

Cara Menjawab Salam Dengan Betul...

Lagi mengenai SALAM..





Nabi SAW menyebut, “Assalamu’alaikum warah matullahhi wabarakatuh”. Itulah salam yang paling sempurna, tiada perkataan ‘Ta’ala”. Apabila orang beri salam, kita disunatkan menjawab lebih panjang tetapi paling panjang cuma ada 5 perkataan seperti yang disebut Nabi SAW. Kita selalu kata jika tak jawab salam berdosa, namun ada 4 keadaan di mana salam tak boleh dijawab:

Jika yakin bahawa orang yang beri salam bukan orang Islam.
Salam ketika akhir solat.
Jika ada orang beri ucapan dengan perkara-perkara lain dahulu, kemudian baru beri salam. Salam begini tidak perlu dijawab kerana kerana Nabi SAW menyebut yang bermaksud, “Barangsiapa yang mendahulukan ucapan sebelum beri Salam, jangan jawab.” Nabi SAW suruh beri salam sebelum beri ucapan.
Bila salam dipersenda dan dipermain-mainkan. Ada juga ulama menambah ketika kita dalam tandas.


Dari Ibnu Jarir ra. dan Ibnu Abi Hathim ra. mereka menceritakan : Suatu hari ketika Rasulullah saw. sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamu’alaikum.” Maka
Rasulullah saw. pun membalas dengan ucapan “Wa’alaikum salaam wa rahmah”. Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah” Maka Rasulullah membalas dengan, “Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh”. Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah SAW menjawab: ”Wa’alaika”.

Orang yang ketiga pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendah-hatian, “Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan Salam yang ringkas kepadamu, Engkau membalas dengan Salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi Salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut, Engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan wa’alaika.” Rasulullah SAW menjawab, “Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Kerana itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang di khabarkan Allah didalam Al-Qur’an (Surah An Nisa’ (4) : ayat 86)”.

Bagaimanapun tambahan lafaz “ta’ala” dalam memberi dan menjawab salam, langsung tiada keterangannya. Dan juga dikatakan tiada contoh syara'.Sebaiknya tidak diamalkan dan cukup sempurna laa salam seadanya dengan "Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh"

Jadi, doakan la kesejahteraan umat yang lain sebaiknya semoga kita pun mendapat doa terbaik dari mereka.

***************************************************


A. LAFAZ MEMBERI SALAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
·Disebut dengan dhomir jama’ (kata nama majmuk) iaitu ‘alaikum’ walaupun kepada seorang individu kerana ada bersamanya malaikat atau jin

·Lafaz ‘kum’ dalam ‘alaikum’ tidak boleh dipanjangkan. Sekiranya dipanjangkan maka tidak sah salam tersebut dan orang yang mendengarnya tidak wajib menjawab salam
Lafaz menjawab salam:
Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh

B. LAFAZ SALAM DAN GANJARANNYA

Memberi salam:[1]
·Assalamualaikum – 10 pahala

·Assalamualaikum warahmatullah – 20 pahala

·Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh – 30 pahala

·Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh – 40 pahala [2]
Menjawab salam:
·Cara terbaik dalam menjawab salam ialah dengan melebihkan lafaz salam daripada lafaz orang yang memberi salam [3][4]

·Contohnya, apabila seseorang mengucapkan ‘Assalamualaikum’ adalah lebih baik baginya untuk menjawab dengan lafaz ‘Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh’

C. BEBERAPA LAFAZ SALAM YANG SAH DAN TIDAK SAH

Memberi salam:
·Assalamualaikum – dibolehkan

·Assalamualaika – dibolehkan

·Salamun alaik – dibolehkan
Menjawab salam:
·Waalaikummussalam – dibolehkan

·Waalaikassalam – dibolehkan

·Alaikummussalam – dibolehkan

·Alaikum – tidak sah

·Waalaikum – sesetengah pendapat ulama’ membolehkan manakala ulama’ yang lain mengatakan tidak sah

·Assalamualaikum (menjawab salam dengan lafaz yang sama dengan orang yang memberi salam) – dibolehkan.

Dari Kitab Riyadhus Shalihin...VIA


Wallahu'alam Bissawab


Cahaya Matahati

A Crystal Of Thought..




1- To beautify your eyes, lower your gaze towards strange men, this will make your eyes pure and shiny.

2- To beautify your face and make it shiny, keep doing Wudhu' minimum five times a day. 

3- To have attractive lips, always mention Allah and remember to speak the truth. 4- As for blush and rouge, "Modesty" (Hayaa') is one of the best brands. 

6- Now about your hair, if any of you has a problem of hair split ends, then I suggest "Islamic Hijab", which will protect your hair from damage. 

7- As for jewelry, beautify your hands with humbleness and let your hands be generous and give charity to the poor. 

8- To avoid heart disease, forgive people who hurt your feelings. If you follow these advices given to you by the Creator, you will have a beautiful and attractive inner outer appearance....

InsyaAllah ...everything would be alright ...^^,


Cahaya Matahati


Tuesday 4 December 2012

7 Kalimah Yang Perlu Diucap dan Dihafal...




Sesiapa yg mengamalkan dan menghafal 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat serta diampunkan dosanya.

1.Membaca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak melakukan sesuatu.


2.Mengucapkan Alhamdulillah setiap kali selesai melakukan sesuatu.


3.Mengucapkan Astaghfirullahhal 'Azim ketika tersalah.


4.Menyebut Insyallah jika ingin melakukan sesuatu di masa hadapan.


5.Mengucapkan Lahaulawala guwata billah, bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat
atau melihat sesuatu yg buruk.


6.Mengucapkan Inna Lillah hi Wa Inna Ilaihi Rajiuunn,jika menghadapi musibah atau melihat
kematian.


7.Membaca Laila haillallah sepanjang masa siang dan malam.


Amalkan, insyallah, anda tergolong dalam kalangan insan yang hebat. Aamiin...



Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


Cahaya Matahati