Sunday, 21 August 2011

Ramadan yang sentiasa dirindui....


1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: 
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: 
Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: 
“Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: 
"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda 
“Sialah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Dengan melambainya hari hari seterusnya doa dan harapan semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang lalu......amin....InsyaAllah..

Kelopak Ramadan......


Fadilat Ramadan

Fadilat Ramadan Hari Kelimabelas

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu cuma meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah S.W.T berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Fadilat Ramadan Hari Keempatbelas

Abu Hurairah berkata: "Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamulail (solat malam) di bulan Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, Baginda bersabda: "Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu." (Hadis riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Al Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Ketigabelas

Abu Hurairah berkata Nabi Muhammad S.A.W bersabda:"Apabila bermula malam pertama dari bulan Ramadan, menyerulah malaikat:"Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah daripada meneruskannya:(Ketahuilah) Allah Taala banyak membebasakan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadan)." (Hadis riwayat Tarmizi dan Nasa'i)

Fadilat Ramadan Hari Keduabelas

Abu Hurairah menyatakan: Aku telah mendengar Rasullah S.A.W bersabda mengenai Ramadan yang bermaksud:"Sesiapa yang mendirikannya (Ramadan) penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Kesebelas

Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Kesepuluh

Abu Hurairah menyatakan: "Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Kesembilan

"Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadan ke bulan Ramadan berikutnya menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Fadilat Ramadan Hari Kelapan

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari)

Fadilat Ramadan Hari Ketujuh

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 185)

Fadilat Ramadan Hari Keenam

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Fadilat Ramadan Hari Kelima

"SETIAP hari siang dan malam pada bulan Ramadan, Allah membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima". (Hadis riwayat Abu Sa'id Al Khudri)

Fadilat Ramadan Hari Keempat

"TELAH datang kepadamu Ramadan di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah mereka yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini". (Hadis riwayat Ubadah bin Somit)

Fadilat Ramadan Hari Ketiga

PADA bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadan. Pada malam terakhir Ramadan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka para sahabat pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberikan balasan setelah menyempurnakan tugasnya". (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Fadilat Ramadan Hari Kedua

"UMATKU telah dikurniakan dengan lima perkara istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Fadilat Ramadan Hari Pertama

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 183)

Sumber dari Sentiasa Di hati


Tuesday, 16 August 2011

Sejarah Dan Kelebihan Buah Kurma....

Buah kurma (tamar)




Buah kurma atau tamar pastinya menjadi pilihan umat Islam di seluruh dunia sebagai juadah untuk berbuka puasa. Populariti kurma mengatasi hidangan lain ketika berbuka puasa dan buah ini menjadi makanan utama Nabi Muhammad SAW yang diteladani umat Islam zaman berzaman. Umat Islam dianjurkan berbuka puasa dengan buah kurma sebaik terbenamnya matahari kerana ia perkara yang disunatkan. Selain bulan puasa, biasanya masyarakat Melayu Islam sering dihadiahkan kurma oleh jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat haji di Makkah.


Kini, kurma bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia yang hidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan pilihan dalam resipi yang dicipta.
Selain digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara yang menarik dan kemas.

Sejarah Perkembangan Buah Kurma (Tamar)

Menjadi makanan wajib di Asia Barat, kurma menurut ensiklopedia Wikipedia dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir, kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi. Bukti arkeologi pula menunjukkan kurma mungkin berasal dari timur Arab dalam 6,000 tahun Sebelum Masihi. Buah ini kemudian dibawa pedagang Arab ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol yang mana orang Sepanyol memperkenalkan buah ini ke Mexico dan California pada 1765. Tarikh sebenar kurma dibawa ke Malaysia tidak diketahui tetapi ia dipercayai diperkenalkan pedagang Arab yang datang berniaga dan berdakwah ketika zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Pokok kurma (tamar)

Kelebihan Buah Kurma (Tamar)
1. Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.

2. Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.

3. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.

4. Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain.

5. Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

6. Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

7. Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

8. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

9. Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

10. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.

11. Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

12. Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.

Tips Diet Kuruskan Badan Sepanjang Bulan Puasa (Ramadhan);


1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.

**Tips dari saya....

Minumlah segelas air suam dan makan buah kurma untuk kembalikan tenaga...lepas tu solat Maghrib dahulu untuk mencernakan perut dan agar perut tidak 'terkejut'. Kemudian barulah makan dengan gembiranya kerana solat Maghrib tertunai sudah.....kalau makan dahulu mungkin terlajak dek kekenyangan...dan akhirnya solat Maghrib pun melambai-lambai meninggalkan anda.....satu lagi tips ialah dengan cara makan seperti orang miskin...iaitu tatkala menjamu selera haruslah kita kenangkan adanya insan-insan yang kurang bernasib baik umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang.......insyaAllah dengan kesedaran dan sedikit tanggungjawab dan rasa kasih sayang keatas badan anda akan sentiasa diberi Allah swt rahmat kesihatan berpayungkan cahaya taqwa.....insyaAllah....^^.

Sunday, 14 August 2011

Pergantungan Diri...Munajat Pada Illahi....




Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku . Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa
Artinya "Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik." (QS. Al-Anbiya: 89).
Artinya: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa." (Ali 'Imran: 38).
-------------------------------------------------------
Ya Allah, ya Tuhanku, bantulah hambamu ini....untuk mengingatiMu,dan bersyukur kepadaMu & mempereloklan amalanku kepadaMu.
-------------------------------------------------------
“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa ”
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik daripadanya(dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).
-------------------------------------------------------
"Wahai Tuhan Yang Mengubah Segala Hati.
Tolonglah tetapkan hati-hati kami di atas agama-Mu"
-------------------------------------------------------
“Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan.”
-------------------------------------------------------
"Ya Allah Yang Maha Agung,
Ampunilah seluruh dosa kami
Tutupi dan hapuskan segala aib dan kesalahan kami
Dan berikan kepada kami kesanggupan untuk mengubah dan memperbaiki diri menjadi lebih baik
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia
…Peribadi yang indah dan terpelihara
Ya Allah, Kurniakanlah kepada kami ketenangan hati,
kedamaian hati,
kebeningan dan kebersihan hati,
ketenteraman jiwa, kesegaran berfikir dan ingatan yang tajam
Usir dan buanglah segala kegelisahan, kekhawatiran, ketakutan, kecemasan dan kesedihan dalam hati dan jiwa kami.
Jadikan hati kami tenteram, tenang, dan damai dengan mengingat-Mu
Berharap dan bergantung hanya kepada-Mu
Wahai Pemilik dan Penguasa Segala Hati,
Kurniakanlah kepada kami hati yang bening dan bersih
Hati yang suci, tulus dan ikhlas".
-------------------------------------------------------
“Ya Allah, terangilah pandangan kami dengan Al Qur’an. Dan dengannya lapangkanlah hati kami dan dapatlah kiranya kami beramal dengannya. Lancarkanlah lidah kami dalam mengucapkannya, dan teguhkanlah hati kami dengannya, dan percepatkanlah kefahaman kami dengannya serta teguhkanlah kami dengannya. Dengan sebab daya dan kekuatan-Mu, kerana tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan maksiat, melainkan dengan pertolongan-Mu, ya Tuhan Maha Pengasih sekalian yang berkasih sayang, Ya Allah kami menitipkan kepada-Mu ilmu yang telah engkau ajarkan kepada kami, maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepada kami ketika kami memerlukannnya. Dan janganlah kiranya Engkau melupakan kami, Wahai Tuhan Semesta alam.”
-------------------------------------------------------
Allahu Rabbi, aku minta izin
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya engkau
Allahu Rabbi, aku punya pinta
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh
Allahu Rabbi, izinkanlah
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan cinta-Mu
Dan membuatku semakin mengagumimu
Allahu Rabbi
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu
Allahu Rabbi, pintaku yang terakhir
Ketika suatu saat nanti aku jatuh cinta
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu
Sesungguhnya cinta pada Mu adalah cinta yang sejati...  
-------------------------------------------------------
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, sama ada kami telah tahu atau yang belum kami ketahui, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hamba-hambaMu ini, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.
-------------------------------------------------------
"Ya Allah, berikanlah kesudahan yang baik kepada kami, selamatkanlah kami dari dihina di dunia dan jauhkanlah kami dari diazab di akhirat."
-------------------------------------------------------
"Ya Allah… Karuniakan kepada kami keberanian serta kemampuan untuk mengubah apa yang bisa diubah, ketabahan dalam menerima apa yang tidak bisa diubah dan kebijakan untuk membedakan keduanya."
-------------------------------------------------------
"Ya Allah...
Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu.
Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."
-------------------------------------------------------
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuhaa adalah waktu dhuhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rezeki kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”
-------------------------------------------------------
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu perlindungan daripada kekufuran, kefakiran dan daripada azab kubur....
-------------------------------------------------------
Tuhanku,
kurniakanlah aku kefahaman para nabi,
hafalan para rasul,
ilham spt malaikat-malaikat Mu,
juga kesihatan tubuh badan..ya arhamarrahimin..
-------------------------------------------------------
Ya Allah ya tuhanku,
ampun2kanlah sgla dosa2 hamba,
luasknlah fikiran hamba,
terangkan lah hati hamba-Mu ini menerima ilmu.
Permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini di dunia dan akhirat..
-------------------------------------------------------
Ya Allah,
Janganlah Kau serahkan diriku kepadaku,
aku tak mampu mengurusnya,
dan janganlah Kau serahkan diriku kepada org lain kerana mereka akan mensia-siakannya.
Kau tolongkan uruskan diriku kerana aku tak mampu untuk menguruskan diriku sendiri.
-------------------------------------------------------
Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih...
Amin...amin...amin...Yaa Rabbal ‘Alamin.....


Thursday, 11 August 2011

Rahsia Mee Segera...........


Bermula dengan pantun menyapa...
Salam bicara bunga rafflesia...
Bala ringan serimbun dilupa...
Dalam mee segera punya rahsia...


Cari dan mencari....terbolos dalam blog sahabat tentang maggie atau mee segera yang selalu kita makan....tak kiralah sesiapa...termasuk anak-anak dan keluarga....dan diri sendiri juga....tertarik dengan articlenya lalu saya meng'post'kan untuk dikongsi rakan-rakan dan adik-adik....
knorr, maggie mee, maggie, maggi sauces, maggi recipes, maggi seasoning ingredients, maggie noodles, maggi maggi, rambut maggie dan sebagainya... MasyaAllah..banyaknya..... 

Sebenarnya memang diketahui lama dah bahawa mee segera ni mengandungi 100% MFG ( kene tanya yang lebih arif)...ranking yang mengejutkan kita semua... (sumber diperolehi dari blog
sahabat blogger) Syukran atas infonya.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida:
Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ):
Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate:
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol:
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine):
Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Renungan : Salah satu tanda bagi individu penggemar mee segera ni adalah pada matanya, mata putihnya akan kelihatan kuning sedikit. Jika anda mempunyai tanda tersebut, ambil langkah untuk berhenti memakan mee segera dengan segera....


Wednesday, 3 August 2011

Titisan Doa Di Bulan Ramadhan....



Doa Harian Bulan Ramadhan

Doa hari – 1
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam...Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa hari – 2
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dad semua Pengasih!!

Doa hari – 3
Yaa Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa hari – 4
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.

Doa hari – 5
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih...


Doa hari – 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan...

Doa hari – 7
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya.. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.

Doa hari – 8
Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-onang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap..

Doa hari – 9
Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.

Doa hari – 10
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa hari – 11
Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa hari – 12

Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diniku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.

Doa hari – 13
Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.

Doa hari – 14
Yaa Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemuliaan kaum Muslimin.

Doa hari – 15
Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Doa hari - 16
Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU...Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa hari – 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Selawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.

Doa hari – 18
Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa hari – 19
Yaa Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketertedmaan kebaikan- kebaikannya, Wahai Pembeza petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa hari – 20
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu sorga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.

Doa hari – 21
Yaa Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

Doa hari – 22
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkah-berkahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari – 23
Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa hari – 24
Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa hari – 25
Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Doa hari – 26
Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari – 27
Yaa Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh.

Doa hari – 28
Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari – 29
Yaa Allah! Liputilah aku dengan rabmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba- hambaNYA yang Mu'min.

Doa hari – 30
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kerasulan Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Amin Yaa Rabbal'Alamin......insyaAllah...berkat baraqah bulan Ramadhan sama-samalah kita panjatkan doa setiap waktu dan ketika..........sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang Allah swt buat hamba-hambaNya.....

Wallahu’alam...

Diperolehi dari internet

Monday, 1 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan.....


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Masa berdetik terlalu cepat...berlalu singkat hingga tiada terasa sipi sipi.....
Hari ini telah masuk hari kedua kita berpuasa....dan masuk hari ketiga kita bersolat tarawikh...Ya Allah...anugerahMu tiada terhingga.....sesungguhnya kedatangan bulan Ramadhan adalah suatu penantian....seharusnya kita bersyukur kerana dikurniakan usia setahun lagi buat menikmati bulan bahagia bulan baraqah...bulan terbaik antara seribu bulan....

Kerana kasih dan sayang-Nya..
Allah menganugerahkan bulan Ramadhan untuk kita...
Agar dosa-dosa dalam diri kita tidak menjadi beban....
Agar amal kebaikan kita lebih banyak dari amal yang menyapa dosa....
Kerana kita sebagai manusia tidak pernah lepas dari dosa dan salah…
Sering kita tidak bersyukur atas nikmat yang sangat banyak yang Allah berikan…
Sering kita mengikuti hawa nafsu kita dan melanggar aturan-aturan-Nya…
Sering kita mengikuti Syaitan yang dilaknat Allah…
Sering kita beribadah kepada Nya dengan tidak khusuk dan tidak ikhlas…
Sering kita lebih mementingkan yang lain daripada Allah SWT…
Amal kebaikan kita sepertinya amat sedikit yang diterima...
Tetapi amal kejelekan dan yang tak berguna sepertinya terlalu banyak...
Alhamdulillaah….Puji syukur untuk-Mu Ya Allah..
Engkau menganugerahkan bulan suci Ramadhan…

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمْ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa, sebagiamana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang yang bertaqwa”. (Al-Baqoroh:183)

Dari Abu Hurairah berkata; nabi saw bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
“Barangsiapa yang puasa kerana iman dan berharap pahala dan redha Allah, maka akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”..
Rasulullah SAW bersabda
“Antara solat fardhu dengan solat fardhu, antara Jumaat dengan Jumaat dan antara Ramadhan dengan Ramadhan itu menghapuskan dosa-dosa, apabila dosa-dosa besar ditinggalkan.”..

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya....


Wallahu'alam Bissawab....