Saturday, 23 June 2012
Terhijab Kita oleh...
Kita terhijab kerana kita tak masuk ke dalam kota Allah ...
Kita terhijab kerana Allah itu terlalu Batin Dalam Zahir...
Kita terhijab kerana Allah itu terlalu Bersembunyi Dalam Terang..
Kita terhijab kerana Hati kita masih kotor...
Kita terhijab kerana lupa memandang diri kita sendiri...
Kita sibuk dan asyik memandang kesalahan orang lain . Orang ni berbuat maksiat . Orang ni tak baguslah. Kita sahaja yang bagus.
Kita terhijab kerana merasakan Allah itu tidak berserta kita..
Kita terhijab kerana tidak mengenal diri sendiri. Kita kenal setakat diri yang zahir sahaja. Kita tak mendalami hingga ke peringkat dasar atau asal..
Kita terhijab kerana kita tidak mengenali Muhammad...
Kita terhijab kerana tidak tahu jalan pulang. jalan pulang pada diri sendiri...
Kita terhijab kerana tidak mengetahui, mengenali, memahami benar akan
Makna, maksud dan pengertian sebenar La ila ha illa Allah Muhammadur
Rasulullah pada diri kita...
Kita terhijab kerana tidak mentauhidkan Allah dengar sebenar-benar Tauhid. Tauhid sekadar pada adat dan ikut-ikutan...
Kita terhijab kerana kita masih dibelenggu dan dirantai oleh syirik...
Syirik yang nyata, syirik yang halus dan syirik yang halus lagi tersembunyi...inilah yang menghijab kita..
Hijab yang paling terbesar apabila kita merasakan diri kita tidak terhijab
iaitu kenal akan Allah, akan tetapi pada hakikatnya kita masih belum kenal Allah...
Kerana kita duduk dalam sangkaan semata-mata...
Hijab ini dikatakan paling besar kerana kita tidak akan mengubah paradigma ilmu dan kefahaman kita kerana kita rasa kita sudah cukup mengenali DIA...
SUBHANALLAH...
Al Quran...Cahaya Ketenangan Jiwa....
Al-Quran pengubat sedih dan penenang jiwa
DALAM Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan
al-Quran dengan baik.
Demikian besar mukjizat al-Quran sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya. Malah, semakin sering orang membaca dan mendengarnya, semakin terpikat hatinya kepada al-Quran. Apabila al-Quran itu dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara baik dan merdu, ia akan memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarnya, sehingga seolah-olah yang mendengarnya sudah ada di alam ghaib, bertemu langsung dengan Khaliknya.
Keadaan orang mukmin tatkala mendengar bacaan al-Quran itu, digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:
“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).
Diriwayatkan bahawa suatu malam, Nabi Muhammad saw mendengar Abu Musa Al Asy'ari membaca al-Quran sampai jauh malam. Sepulang ke rumah, Baginda ditanya oleh isterinya, Aisyah: “Apa sebabnya pulang sampai jauh malam? Rasulullah menjawab bahawa Baginda terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al Asy'ari membaca al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud.”
Dalam riwayat, banyak diceritakan, betapa kuatnya kesan bacaan al-Quran terhadap hati orang kafir. Selepas mereka mendengar bacaan al-Quran, tidak sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Muhammad serta pengikutnya, berbalik menjadi lembut dan mahu mengikuti ajaran Islam.
Rasulullah sendiri sangat gemar mendengar bacaan al-Quran daripada orang lain. Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Bukhari, disebutkan bahawa Abdullah Ibnu Mas’ud menceritakan sebagai berikut : “Rasulullah berkata kepadaku: “Hai Ibnu Mas'ud, bacakanlah al-Quran untukku!” Lalu aku menjawab: “Apakah aku pula yang membacakan al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?” Rasulullah menjawab : “Aku senang mendengar bacaan al-Quran itu daripada orang lain.”
Kemudian Ibnu Mas’ud membacakan beberapa ayat dari surat an-Nisaa. Rasulullah sangat terharu tatkala bacaan Ibnu Mas’ud itu sampai kepada ayat ke-41 yang berbunyi: “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul
dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu).”
Rasulullah lalu berkata: “Cukuplah, sekian saja, ya Ibnu Mas'ud!” Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya.

Cuba kita rasa dengan penuh perasaan inii.....
Subscribe to:
Posts (Atom)