Friday, 22 February 2013

Di sebalik Tabir Kematian (1)....


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...



Bacaan ayat 8, surah Al-Jumuah:




Antara perkara yang Allah sembunyikan ialah:

Rezeki
Qada’ dan qadar
Waktu kematian
Ahli syurga atau ahli neraka

Kematian boleh menjadi sesuatu yang amat menakutkan atau sesuatu yang menggembirakan. Orang yang bersedia akan gembira untuk bertemu kekasihnya iaitu Allah SWT. Orang begini ialah orang yang sentiasa bersedia untuk kehidupan selepas kematiannya.

Ada 5 alam dalam kehidupan kita:

Alam rahim
Alam dunia
Alam barzakh
Alam masyhar
Alam syurga atau neraka

Setiap alam mempunyai batasannya tersendiri. Proses kelahiran membawa kita daripada alam rahim kepada alam dunia. Perpindahan ke alam barzakh pula berlaku melalui kematian. Seterusnya, kita dipindahkan ke alam Masyar melalui proses kebangkitan. Setelah itu, proses Hisab akan menentuka kita ke syurga atau neraka.

Jadi, apa persiapan kita untuk menghadapi alam-alam ini? Sebenarnya, kita cuma perlu bertanggungjawab dalam alam dunia sahaja. Sy. Ali berkata, “Dunia ialah alam beramal, di alam barzakh, tiada lagi amalan”. Oleh itu, kita perlu membuat persiapan. Sekiranya ingin balik kampung atau pergi umrah/haji pun kita merancang dan membuat persiapan, inikan pula untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dalam alam rahim, kita rasa sudah cukup luas, tetapi bila kita lahir ke dunia, kita akan rasa yang dunia itu lebih luas. Apabila mati, alam barzakh itu lebih luas dan alam syurga Allah itu lebih luas dari alam-alam yang lain.

Apabila ingat mati, serta-merta kita rasa hilang selera makan, hilang keinginan untuk bersuka-suka dengan hal dunia. Bahkan, apabila melihat kereta jenazah sekalipun, kita sudah berasa seram sejuk.

Bila mati, yang kita bawa cuma 3:

Doa anak yang soleh – Oleh itu adalah menjadi kerugian yang besar jika tidak dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh.
Sedekah jariah
Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain


Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Tanyalah Ustaz 11.02.2013



Cahaya Matahati