Sunday, 25 November 2012

9 Jenis wanita yang ada di dalam neraka..

BUAT RENUNGAN KAUM HAWA..

Jenis wanita yang ada di dalam neraka. Sebut sahaja neraka, hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu siapakah penghuninya kelak. Tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Setiap manusia di muka bumi ini akan dihitung dosa dan pahala kelak.

9 Jenis Wanita Yang Ada di Dalam Neraka

Ali r.a. meriwayatkan: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan, maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku, ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun:
Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.


Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Begitulah 9 jenis wanita yang ada di dalam neraka dengan amal perbuatan yang telah dilakukan di muka bumi. Sama-samalah kita renungkan sejenak demi menjaga amal perbuatan kita, insyaAllah kita akan ditempatkan di tempat yang sepatutnya. Jenis wanita yang ada di dalam neraka.

Update: Terdapat pembetulan untuk hadis ini, untuk makluman semua, menurut apa yang saya perolehi dari sumber yang boleh dipercayai bahawa hadis ini merupakan hadis palsu. Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah layari di sini.

Wallahu'alam bissawab..



Azab Wanita Di Neraka...



Maka Rasullullah telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra’ dan Mi’raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya kejadian yang telah diperlihatkan oleh Allah swt kepada baginda saw ialah :

1. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.

5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki

Waallahualam bissawab

Via


Cahaya Matahati


Dahsyatnya siksa api neraka...






Antara punca utama manusia begitu mudah terjebak dengan perbuatan dosa adalah kerana kejahilan tentang sesuatu balasan lantaran perbuatan dosa yang dilakukan. Kejahilan mengenai balasan dosa ini jugalah yang menyebabkan ada insan berterusan melakukan maksiat tanpa rasa bersalah sedikit pun. Justeru, selagi karat kejahilan itu tidak dihilangkan dengan pengetahuan dan pendidikan, maka seseorang pelaku maksiat itu akan terus obses melayani kehendak hawa nafsu dan syaitan tanpa menyedari tindakannya itu boleh menyerkapnya ke lembah kehancuran.

Firman Allah (yang bermaksud):

“Dan (ingatlah kisah) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya: ‘Mengapa kamu mengerjakan perbuatan fahisyah (keji), padahal kamu melihatnya (kekejian perbuatan maksiat itu)? Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) syahwat(mu), bukan (mendatangi) perempuan? Sungguh, kamu adalah kaum yang tidak mengetahui (akibat perbuatanmu).’”

(An-Naml: 54-55)

Allah telah berjanji bahawa para pelaku maksiat dan dosa, tempat mereka di akhirat kelak adalah di neraka. Bagi syaitan, Iblis dan orang-orang kafir, ia akan berada di neraka buat selama-lamanya. Namun, bagi orang Islam yang berdosa (tetapi tidak mensyirikkan Allah), mereka akan tetap diseksa di neraka, walaupun akhirnya akan turut menempuh alam syurga.

Antara janji Allah dalam al-Quran mengenai seksa neraka yang akan dihadapi oleh para pelaku dosa adalah seperti berikut (yang bermaksud):

“Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir.”

(Al-Baqarah: 24)

“Barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas larangannya, dimasukkan ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Dia menderita seksa yang hina-dina.”

(An-Nisa’: 14)

“Allah telah menyediakan untuk mereka yang munafik laki-laki mahupun perempuan dan orang kafir itu neraka Jahannam. Mereka itu kekal di dalamnya. Allah melaknati mereka itu dan untuk mereka azab yang kekal.”

(At-Taubah: 68)

Neraka dalam bahasa arab disebut “an-Naar” yang bermaksud api. Neraka juga dinamakan an-Naar kerana bagi penghuni neraka, mereka disediakan tempat tinggal yang dibuat daripada api, pakaian daripada api dan mereka pun diseksa dengan api. Dalam hal ini Allah berfirman (yang bermaksud):

“Maka Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala, tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka.”

(Al-Lail: 14-15)

Api neraka adalah api yang maha panas. Panasnya api neraka berjuta kali ganda melebihi kepanasan api yang ada di dunia ini. Malah, bumi ini pasti hancur berkecai jika api neraka yang hanya sebesar zarah jatuh ke atasnya.

Ada sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud radiallahuanhu, bahawasanya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud):

“Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sedikit sahaja jatuh ke atas dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.”

(Riwayat Muslim)

Melalui petunjuk hadis, diketahui bahawa neraka itu terdiri daripada tujuh pintu (yang juga bererti tujuh tingkat). Nama-nama tingkat neraka itu pula menurut al-Quran adalah:

1. Neraka Jahannam

“Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya.” (Ali Imran: 12)

2. Neraka Luza

“Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. Yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (daripada iman).” (Al-Lail: 14-16)

3. Neraka Hathamah

“Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hathamah. Tahukah engkau apakah Hathamah itu? Iaitu api neraka yang bernyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan kepada tiang yang panjang.” (Al-Humazah: 4-9)

4. Neraka Sair

“Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair.” (An-Nisa’: 10)

5. Neraka Saqru

“Di dalam syurga mereka saling bertanya dari hal orang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk neraka Saqru. Jawabnya: ‘Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat.’” (Al-Mudasir: 40-46)

6. Neraka Jahim

“Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan bawalah ke dalam neraka Jahim. Sesudah itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya (kamu) dahulu orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragu-ragukan pada masa dahulu itu.” (Ad-Dukhan: 47-50)

7. Neraka Hawiyah

“Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas.” (Al-Qari’ah: 8-11)

Sesungguhnya neraka itu dimasuki dengan dua cara; pertama, penghuni neraka dihalau dan dilemparkan masuk ke neraka. Cara ini digunakan kepada mereka yang kafir, munafik dan Iblis. Manakala cara kedua ialah dengan meniti Titian Shirathal-Mustaqim. Cara ini akan dilalui oleh umat bertauhid, umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dan umat nabi-nabi yang terdahulu, baik mereka yang beramal salih mahupun mereka yang derhaka. Bagi mereka yang akan masuk syurga, mereka akan selamat melalui titian ini. Namun bagi mereka yang diputuskan hukumannya di neraka, mereka akan terjatuh ke dalam lubang neraka Jahannam.

Dalam al-Quran juga Allah telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu dibakar. Apabila sahaja kulit tubuh mereka hangus, kulit yang baru akan tumbuh dan tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh kesakitan.

“Terbakar muka mereka oleh api, dan mereka di dalam bermuka masam.”

(Al-Mukminun: 104)

“Bukan begitu: Sesungguhnya neraka itu menyala-nyala, lagi membongkar kulit kepala.”

(Al-Ma’arij: 15-16)

“Pada hari itu seksaan menutupi mereka dari atas kepala dan dari bawah kaki. Ketika itu Allah berkata: ‘Tahanlah olehmu seksaan ini (hasil daripada) apa yang kamu usahakan di dunia.’”

(Al-Ankabut: 55)

Dalam bukunya “Tazkirah”, Syeikh Qurtubi menulis, “Pada waktu api membakar itu, maka mengelupas seluruh kulit, gugur daging yang melekat di tubuh dan kelihatan tulang memutih. Mereka meronta-ronta kesakitan, memekik sekuat-kuatnya. Mereka menangis. Air mata bercucuran. Habis air mata, maka keluarlah darah. Terjadilah penyesalan-penyesalan, namun sedikit pun tiada gunanya...”

Ya, walau menangis air mata darah sekali pun, penghuni neraka sudah tidak akan lagi mendapat keampunan daripada Allah. Segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. Tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang akan dapat membantu. Hatta malaikat penjaga neraka pun tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya daripada terus diazab.

“Rasalah olehmu, kerana kamu melupakan peristiwa yang akan terjadi pada hari ini. Kerana itu maka Kami melupakan kamu pula. Dan rasalah seksaan itu selama-lamanya. Hal ini adalah kerana amal perbuatan kamu sendiri.”

(As-Sajadah: 14)

Dengan janji Tuhan mengenai seksaan di neraka yang amat dahsyat, saya percaya tak mungkin akan terlintas walau sedikit pun di hati nurani kita untuk mendiaminya walau sebentar. Tak mungkin kita mahu termasuk dalam golongan yang merasai kesakitan yang amat sangat di neraka sedangkan terdapat manusia lain bersenang-lenang dengan segala nikmat Tuhan di syurga.

Maka, selagi masa masih bersisa, bertaubatlah kita atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Walau mungkin dosa kita menggunung tinggi, namun ketahuilah, pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka seluas tujuh petala langit dan bumi.



Via


Cahaya Matahati


Thursday, 22 November 2012

Detik Sentuhan Kalbu....Airmata GAZA

Beberapa foto di peperangan GAZA November 2012...lihat dan renunglah...


















SUBHANALLAH....ALLAHUAKBAR...... Keajaiban di peperangan Gaza.

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif
Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi
ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di
Gaza :

~Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka
tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

~Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa
mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang
Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

~Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

~Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

~Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

~Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui....
Allahu Akbar!!!
ALLAH BERSAMA KITA... DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORANG MALAYSIA, SAYA BUKAN ORANG SYRIA, SAYA BUKAN ORANG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORANG ISLAM...ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG
MEREKA...WALAUPUN hanya DENGAN DOA...

Allah...Allah.. .Allah...


Cahaya Matahati


Wednesday, 14 November 2012

Doa Akhir Tahun Hijrah Dan Doa Awal Tahun Hijrah...


Assalamualaikum dan selamt sejahtera, Alhamdulillah, sebentar lagi kita akan memasuki Tahun Baru Islam 1434H dengan rasa syukur atas segala nikmat yang dikecapi selama ini..dan masih berhela nafas atas kasih sayang dan rahmat dari Allah swt.......Alhamdulillah...






Di sini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat pembaca-pembaca dan teman-teman semua. Semoga Tahun Baru Islam yang bakal menjelang akan membawa banyak keberkatan dan membawa lebih sinar-sinar Islam yang lebih baik untuk diri kita. InsyaAllah

Di sini admin ada sertakan Doa Akhir Tahun Hijrah Dan Doa Awal Tahun Hijrah


Doa Akhir Tahun HIJRAH

Doa Akhir Tahun HIJRAH dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.





DOA AWAL TAHUN HIJRAH

Doa Awal Tahun HIJRAH dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.





* Salam Maal Hirah 1434H..dari

Cahaya Matahati



Kelebihan Bulan Muharram...





Assalam....

Kita bakal memasuki bulan mulia iaitu bulan Muharram. Tanpa sedar akan masa yang berlalu, mungkin inilah waktunya kita membuka lembaran baru dan memasang azam baru untuk menjadi lebih baik.

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi SAW memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram”. (HR Muslim no. 1163)

p/s : ayuh sama-sama memanfaatkan kelebihan yang ada… ^_^

Via – tazkirah


Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik...




Assalamu'alaikum wbt.....

Beberapa Dalil-Dalil Bukti Solat Berjemaah & Solat Di Masjid - Implikasi dan Aplikasinya

Berulang kali Allah SWT menyebut Solat di dalam Al-Quran. Allah SWT meninggikan kedudukannya, Allah SWT memerintahkan agar memelihara dan melaksanakannya dengan berjemaah. Dan Allah SWT peringatkan bahawa meremehkan dan bermalas-malasan dalam melakukan solat berjemaah merupakan ciri orang-orang munafiq..

sebagaimana firman-Nya:-

"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Surah Al-Baqarah; Ayat 238)

Dan bagaimanakah kita ingin mengetahui sama ada kita memelihara solat ataupun tidak? Padahal kita telah meninggalkan solat berjemaah bersama-sama suadara-saudara lain dan menganggap remeh kedudukannya.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:-

"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)

Ayat di atas secara tegas menjelaskan kewajipan melakukan solat dengan berjemaah dan menyertai solat orang-orang yang solat; dan sekiranya yang dimaksud oleh ayat tersebut hanya menegakkannya saja, maka tidak jelaslah hubungan maksud pada hujung ayat ,"...dan rukuklah kamu bersama-sama orang-orang yang rukuk", kerana Allah telah memerintahkan agar menegakkannya pada awal ayat.

Dan aplikasi serta implikasi sewaktu Jihad / Qital pun Allah SWT juga berfirman:

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata. (Surah An-Nisa: Ayat 102).

Pada ayat di atas Allah TETAP mewajibkan solat berjemaah dalam situasi perang dan penuh ketakutan. Apatah lagi sewaktu keadaan damai? Kalau sekiranya seseorang dibolehkan meninggalkan solat berjemaah, nescaya para tentera yang berbaris menghadang musuh dan orang-orang yang terancam serangan musuh itu lebih berhak untuk meninggalkan solat berjemaah. Oleh kerana hal itu memang tidak dibolehkan meninggalkan solat berjemaah, dan dapat kita ketahui bahawa solat berjemaah itu termasuk kewajipan yang sangat penting, dan tidak diperbolehkan bagi seorang pun meninggalkannya.

Dan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)

"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."

Di dalam Sahih Muslim dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan: (mafhum)

"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah".

Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)
"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".

Dan di dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud berkata: (mafhum)

"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat."

Dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang buta yang berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?"

Maka Rasulullah SAW menjawab:
"Apakah kamu mendengar seruan azan?"

Orang itu menjawab: "Ya".

Maka Nabi bersabda: "Kalau begitu penuhi seruan itu."

Dan juga sebagai akhirnya, hadith sahih sabda Rasulullah SAW: (mafhum)

"Barangsiapa yang mendengar seruan azan, lalu ia tidak datang (memenuhi seruan solat berjemaah itu), maka tidak sah solatnya, kecuali kerana uzur".

Demikianlah kepentingan solat berjemaah dari beberapa nas-nas Al-Qur'an dan hadith.

Ya Tuhan Q,JadikanLah aku Dan anak CuCuQ oranG-oRanG Yang tetap mendirikan shalat.Ya tuhan kami,perkenankan Do'a ku.Qs.14 Ibraahim :40


Secara saintifiknya...

Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia solat secara berjemaah yang telah dirungkai melalui teori fizik yang dipetik dari Facebook yang saya jumpa.....

Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.





Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.....SUBHANALLAH..

Wallahu a’lam bissawab..


VIA..