Sunday, 22 April 2012

Mata Melihat....lalu merenung...


10 SEBAB KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN
Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
  • Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  • Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
  • Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  • Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Tuesday, 17 April 2012

Sepohon Pengharapan...

Senyumlah
Hilangkan kesedihan mu
Tenanglah
Hapuskan keresahan mu
Tabahlah
Datangkan semangat mu
Dan berdoalah
Atas setiap kesukaran dan kepayahan dalam melalui liku kehidupan
Kerana ALLAH akan memperkenankan setiap permintaan mu,
INSYAALLAH

" BerDOAlah kepada KU, niscaya akan Aku perkenankan bagi mu ".. Ghafir:60