Sunday, 22 April 2012

Mata Melihat....lalu merenung...


10 SEBAB KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN
Ketika Ibrahim bin Idham (seorang sufi) berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau telah dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: " Kenapakah doa kami tidak dimakbulkan Allah, sedangkan kami bermohon kepada-Nya?". Jawab Ibrahim : "Kerana hati mereka buta disebabkan sepuluh perkara:
  • Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan suruhan-Nya.
  • Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasul Allah, tetapi kamu meninggalkan sunahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  • Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
  • Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu berkata neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
  • Kamu berkata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu bangun daripada tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.
  • Kamu kebumikan mayat-mayat kamu (sahabat-sahabatmu) tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

No comments:

Post a Comment