Kadang-kadang bila kita jatuh sakit, kita tidak menyedari yang kita sering merungut dan mengeluh tentang penyakit yang singgah di badan kita sama ada singgah sebentar atau lama. Kita lupa yang sebelum ini kita pernah sihat lama sebelum datangnya sakit. Bila Allah beri sedikit ujian, kita asyik mengeluh dan mengaduh sakit sedangkan doktor pun belum tentu dapat mengubati penyakit yang dideritai tanpa izin Allah. Maka sebagai hamba Allah dan umat Islam yang bertaqwa, kita harus 100% yakin akan kuasa Allah Taala yang boleh mengatasi segalanya dan boleh melangkau batas logik fikiran manusia. Setuju? Baca entri ini untuk renungan bersama....
Berikut merupakan tips yang tercetus daripada MindaHana. Yang baik dan munasabah boleh dijadikan panduan. Bersama-samalah kita beramal. (“,)
Kena sentiasa fikir untuk sembuh dengan segera.
Fikirkan bahawa kita adalah insan istimewa kerana itu kita telah terpilih untuk diuji Allah supaya menjadi hambaNya yang bertaqwa.
Kena fikir yang kita masih lagi beruntung kerana masih ada ruang dan waktu untuk terus bernafas dan memohon keampunan daripadaNya. Jadi gunakan kesempatan waktu yang ada untuk mewarnai dan menceriakan hidup dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Berpantanglah, kerana kadang-kadang penyakit itu berpunca daripada perut (ada hadis Nabi yang mengatakan tentang hal ini, sebab itu kita digalakkan berpuasa)
Makan ubat dan tawakal kepada Allah. Ini merupakan sebahagian ikhtiar untuk kembali sihat.
Dapatkan nasihat doktor supaya kita ada ilmu dan panduan bagaimana untuk mengatasi penyakit yang dideritai. Ingat! Setiap penyakit ada penawarnya kecuali MATI.
Selalu memohon dengan ikhlas kepada Allah supaya dikurniakan kembali nikmat kesihatan yang hilang kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang. Kena yakin dengan kekuasaanNya.
Ingat! Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikir sakit, sakitlah. Fikir sihat walaupun tengah sakit, insyaAllah boleh segera sembuh.
Seperkara lagi, tak perlu merungut, mengeluh atau menyesali takdir dengan penyakit yang dideritai kerana yang berlaku telah pun berlaku. Apa yang penting sekarang ialah kita hanya perlu cari ikhtiar untuk sembuh.
Cepat atau lambat, itu kuasa Allah. Kita hanya dituntut untuk berusaha bukan menyesali takdir.
Rajin-rajinkanlah check hati kita....^^
No comments:
Post a Comment