Tuesday 31 May 2011

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Sunat Dhuha.......





Kelebihan Solat Sunat Dhuha…..


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

http://alivewire.wordpress.com/2007/06/09/kelebihan-solat-dhuha/.

Thursday 26 May 2011

Cintai Allah SWT.......

Sentiasalah mengingati Allah swt...


Permata dibelah dua berkala...
Papaya kuini di dalam pinggan.....
Cinta Allah Azza Wajalla..........
Bahagia nurani bersulam iman.........

ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.


Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.


Terus memuhasabah diri ini……
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI…..

Thursday 5 May 2011

Kelebihan Berwudhu'........

Berwudhu'lah sebelum kita diwudhu'kan.......


Disebut dalam kitab Sahih Muslim, bab dosa-dosa keluar bersama titisan air orang yang berwudhu. 

” Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, lalu dia membasuh mukanya maka keluarlah dari mukanya segala dosa kerana penglihatan matanya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir.  Apabila dia membasuh kedua tangannya maka keluarlah dari kedua tangannya segala dosa kerana perbuatan kedua tangannya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir.  Apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah dari kedua kakinya segala dosa yang ditempuh oleh kedua kakinya bersama dengan air atau bersama titisan air yang terakhir sehingga ia keluar dalam keadaan bersih dari segala dosa .
Muslim meriwayatkan dari Utsman radiallahuanhu, Rasulullah swt bersabda : “Barangsiapa berwudhu secara sempurna, maka dosa-dosanya akan gugur dari jasadnya hingga keluar juga dari bawah kukunya”...

Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW memberitahu bahawa orang yang berwudhu akan mendapatkan wajah yang bercahaya di akhirat kelak, sehingga Rasulullah SAW akan megenali mereka sebagai umatnya.

Dari Abi Hurairah RA, ia berkata bahawa ia dengar mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh umatku kelak akan datang pada hari kiamat dalam keadaan (muka dan kedua tangannya) kemilau bercahaya kerana kesan wudhu.   Oleh itu, barangsiapa yang mampu memperbanyakkan kemilau cahayanya, hendaklah dia melakukannya (dengan memperlebar basuhan wudhunya)”......

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhu' .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? 

Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah :
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga dan seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.


Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)...:


Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125


Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki dan tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan :


Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.


Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’..........
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Sumber dari Teratak Pte.Ltd.




Ulama Fikih juga menjelaskan hikmah wudhu' sebagai bahagian dari upaya untuk memelihara kebersihan fizik dan rohani. Daerah yang dibasuh dalam air wudhu', seperti tangan, daerah muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu' dengan menjelaskan bahwa daerah-daerah yang dibasuh air wudhu' memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.


Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh kuping ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana saja kaki ini membawa setiap hari?


Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah daerah yang paling riskan untuk melakukan dosa.


Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu' disebutkan dalam QS al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sampai siku, dan kaki sampai mata kaki. Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahwa, air wudlu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, penciuman, pendengaran, tangan, dan kakinya, sehingga yang bersangkutan bersih dari dosa.


Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu' dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahwa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudlu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).


Wudhu' dalam Islam termasuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhu'nya.


Yang paling penting dari wudhu' ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Allah swt... seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca kitab Al Quran. Wudhu' sendiri akan menjadi benteng diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak keindahan wudhu' itu sendiri. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu'......

Seperti yang kita semua ketahui khususnya bagi para muslimin, wudhu adalah perkara asas bagi setiap muslim sebelum mengerjakan ibadah sembahyang. Tanpa wudhu ibadah sembahyang adalah dianggap sia-sia dan tidak sah. Oleh itu umat Islam adalah diwajibkan untuk berwudhu bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang yang dilakukan. Di dalam hal ini, Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman dalam surah Al-Mâidah yang bermaksud:


"wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengrjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudulah) iaitu basuhlah muka kamu meliputi sikut, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah  kaki kamu meliputi buku lali."…
(Surah al-Mâiddah: 6)
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam  telah menunjukkan cara-cara berwudhu yang sempurna dan mempunyai berbagai fadhilat apbila diamalkan sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud:


Daripada Syaidina Othman bin Affan Radhiallahu ‘anhu beliau meminta air untuk berwudhu maka ia berwudhu dengan membasuh dua tapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur; kemudian mencuci mukanya tiga kali kemudian mencuci tangan kanannya hingga siku tiga kali, kemudian mencuci tangan kirinya seperti itu, kemudian membasuh kepalanya, kemudian membasuh kakinya kanan hingga pergalangan kaki tiga kali dan kaki kirinya tiga kali seperti itu, Kemudian beliau berkata: "Aku telah melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang berwudhu seperti wudhuku ini, kemudian mendirikan sembahyang dua rakaat, tidak terjadi sesuatu yang di antaranya, diampunkan keatasnya apa-apa dosa yang terdahulu".
(Hadis riwayat Muslim)
Sayidina Othman bin ‘Affan juga pernah menceritakan bahawa beliau berwudhu dan berkata: "Saya melihat Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini kemudian Baginda bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berwudhu sedemikian maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang telah lalu dan sembahyang serta jalannya ke masjid adalah sunnah jukumnya."
(Hadis riwayat Muslim)
Wudhu yang disyariatkan ini hendaklah dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertibnya agar amalan ini dapat memberi manfaat kepada kita bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga sebagaimana maksud hadis ini:
"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabdanya lagi yang bermaksud:
"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai ke tubuh seseorang mukmin, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudhu (di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehinya di syurga.)"

Tabiat air ialah memadamkan api. Begitu juga wudhu dapat memadamkan api kemarahan. Oleh itu Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpesan kepada umatnya supaya berwudhu ketika dalam keadaan marah sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya  marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu."
(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)
Kita juga disunatkan supaya sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu bukan sahaja ketika hendak mengerjakan sembahyang tetapi juga di waktu-waktu lain kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaini wasallam  sentiasa di dalam wudhu dan pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa tidur dalam keadaan dirinya berwudhu dan dia mati pada malam itu, maka dia adalah syahid di sisi Allah Ta’ala."



Di dalam sebuah hadis yang lain daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak tidur selepas berjunub, maka Baginda mengambil wudhu seperti wudhu sembahyang kemudian barulah Baginda tidur."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh sebab itu, bagi orang yang berjunub pada malam hari dan hendak menangguhkan mandinya pada keesokkan pagi (waktu Subuh), disunatkan baginya mengambil wudhu sebelum masuk tidur, supaya tidak terjauh daripada rahmat Allah dan sentiasa dalam pemeliharaanNya di sepanjang malam itu.

Demikianlah di antara beberapa amalan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan fadhilat-fadhilat wudhu yang telah dijelaskan melalui hadis Baginda.

Semoga coretan dan paparan akan menjadi panduan dan amalan yang berterusan dan berkekalan bagi kita kerana sebaik-baik amal itu adalah yang kekal walaupun sedikit.....Wallahu'alam bissawab..

Sumber dari Al Hadaf

Tuesday 3 May 2011

Kelebihan Sujud........

Patah galah ketanah mencecah…..
Nasib piru tersengat lipan…..
Perintah Allah sunnah Rasulullah….
Wajib dahulu sunat kemudiankan……


Terkejut dirempuh kelicap kedidi........Bersujud simpuh mengadap Illahi........

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Beliau amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Beliau merupakan seorang doktor Neurologi,  Setelah memeluk Islam, beliau amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .


Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.  Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
  maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat!!!


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk
 beberapa sukatan yang tertentu sahaja.  Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......Begitulah keagungan ciptaan Allah swt…… SUBHANALLAH…!!

Tidak menunaikan sembahyang ,
 akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal !!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini…………

Wallahu’alam bissawab……..

Sulaman rohani santunan jiwa.......^_^


                                    



Ya ALLAH Ya TUHAN kami..... 

Kami sambut kedatangan hari ini dan hari hari seterusnya dengan kesyukuran kepada Mu..... Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami....

Ya ALLAH Ya TUHAN kami,...

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya........amin 3x........Yaa Rabbal'alamin......