Monday 27 June 2011

Pantun Santapan Rohani.......

Indah bersulam selapis anyaman.....
Santun dipakai selendang idaman….
Ziarah bersalam sehiris senyuman....
Pantun melambai mengundang teman....

Kudup bunga sianak durian….
Tanda dicelah permata merah…..
Hidup di dunia banyak dugaan….
Kepada Allah kita berserah….

Tupai kuyup bulu melekat…
Anaklah siput di rekah dahan…
Andai hidup selalu selamat….
Hendaklah menyahut perintah Tuhan….

Kudup melati jangan dipatah…
Tandalah apa kesat di raga….
Hidup mati di tangan Allah….
Tiadalah siapa dapat menduga….

Hidup merpati di atas dahan….    
Terbang pergi ke lain pohon….
Hidup mati tulisan Tuhan…. 
Kepada Allah izin bermohon....

Ulam rawan di atas dulang….. 
Tidak direndam basah ditimba..….
Dalam AlQuran luas terlarang….
Jejak haram usah dicuba…

Kemilau  teratak indah bercahaya….
Kekal dilihat belum berpenghuni …
Jikalau hendak menongkah bahagia….
Beramal ibadat sebelum mati…

Berita merindu resahlah emak….
Hati berhajat hendak berpaut…
Harta dunia usahlah tamak…
Mati jasad tidak diikut….

Sedia pelita hendaklah lima …..
Asaplah api jangan dibalan…
Usia kita tidaklah lama…. 
Bersiaplah diri dengan bekalan….

Celup permata berinti delima…
Cahaya seri kelaklah terlihat….
Hidup kita mesti beragama….
Supaya diri tidaklah tersesat…

Kemilau indah teratak sebelah….
Luas mencengkam padi di sawah….
Kalau sudah kehendak Allah…           
Beras segenggam jadi sekawah.…

Leka membajak terentap kaca….
Angan menuju pantai bersama…
Jika tak banyak kitab dibaca….
Jangan mengaku pandai agama…

Pandangkan labi masihkan dekat….
Lagikan rela berenang si ikan…
Sedangkan nabi kasihkan umat…
Inikan pula seorang insan….

Basah kepak lelah bermaya….
Merak mengalun tepian pusara…
Usah terjebak kancah dunia…
Kelak meruntun beban sengsara….

Andai mentari bersinar cahaya…               
Taman mengapa dibiar basah….
Andai diri bertukar kaya….…..
Jangan dilupa tikar sejadah……..

Hati sayu berpisah dua...........
Tersungkur lelah tidak terbawa....
Pagi syahdu anugerah DIA.....
Syukur Alhamdulillah masih bernyawa….

Tumbuh rendah melata rumput……
Renda luntur tiada yang suka…..
Alhamdulillah kita menyebut…..
Tanda bersyukur pada Yang Esa……

Basah rumpun curahan mega…..
Baldi dibawa tiada dipaksa…..
Usah diruntun perasaan hiba…..
Abadikan jiwa pada YANG ESA…

Selat Teberau bergenang lama…..
Memecah sayup pandangan sunyi……
Solat fardhu tiang agama….
Baraqah hidup ketenangan rohani….

Manggis merekah mencupu subur…..
Mayang bertingkat hendak ditebang….
Menangis jenazah di pintu kubur…..
Terkenang jasad tidak sembahyang….

Bertamu bumi sebaklah mentari…..
Bulan purnama rona kurnia….
Ilmu ukhrawi hendaklah dicari….
Bukan cuma pesona dunia….

Buah macang melentur rendah….
Dahan meranti bercabang dua...….
Bertuah abang beristeri solehah….
Belahan hati penenang jiwa…..

Pisang kelat digonggong merpati….
Jatuh ke laman disambar kambing….
Pasang niat menyongsong hati….
Runtuh iman terbiar sumbing….

Halia ini tanam-tanaman…..
Ke barat juga akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pinjaman….
Akhirat juga akan sungguhnya….

Hijau dedalu puakanya rimba…..
Puyuh merintih bergaya lelah….
Kemilau rindu cintanya hamba…
Penyuluh kasih cahaya Allah…

Syahdu memikat siputih melati…..
Dibaja disiram suburnya sekejap.…
Rindu terpahat kasih Illahi….
Manja bersalam syukurnya digarap…..

Merbah bayan menyapa lelayang…
Bisalah lelah bertapa di bahu…..
Sudah hairan mengapa disayang….
Kuasalah Allah siapa yang tahu…..

Temu pahit di buluh redup….
Perdu beringin di kanan laman….
Ilmu Tauhid penyuluh hidup…..
Fardhu Ain santunan iman…

Indahlah puteri senyum memikat…
Hebat melangkah kebaya merah…..
Insaflah diri sebelum terlambat…
Taubat nasuhah cahaya Allah….

Gerimis curahan badai menyambut gelora.....
Jemari berpautan di mata yang sekata.....
Menangis luahan bagai rerambut bicara.....
Mencari tautan cinta Sang Pencipta.......

Tak sedar tergigit peria kelat….
Pecahlah gusi mulut melepuh….
Gementar digamit cahaya solat…..
Rendahlah diri bersujud simpuh….

Syahdu mentari berganti pagi....
Solat amalan pesona syariat.......
Ilmu dicari pasti tak rugi....
Buat bekalan dunia akhirat.....

Retak di gua tempias sepetang.....
Daun merimbun biasa diguna....
Banyak berdoa selepas sembahyang....
Mohon diampun dosa di dunia....


Kelat mengkudu tak indah dimakan...
Denai terbiar di ceruk pusaka......
Solat itu perintah Tuhan...
Andai ingkar masuk neraka...

Nukilan.....

Cahaya Matahati

No comments:

Post a Comment