Wednesday 14 November 2012

Rahsia Solat Berjemaah Dirungkai Melalui Teori Fizik...




Assalamu'alaikum wbt.....

Beberapa Dalil-Dalil Bukti Solat Berjemaah & Solat Di Masjid - Implikasi dan Aplikasinya

Berulang kali Allah SWT menyebut Solat di dalam Al-Quran. Allah SWT meninggikan kedudukannya, Allah SWT memerintahkan agar memelihara dan melaksanakannya dengan berjemaah. Dan Allah SWT peringatkan bahawa meremehkan dan bermalas-malasan dalam melakukan solat berjemaah merupakan ciri orang-orang munafiq..

sebagaimana firman-Nya:-

"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Surah Al-Baqarah; Ayat 238)

Dan bagaimanakah kita ingin mengetahui sama ada kita memelihara solat ataupun tidak? Padahal kita telah meninggalkan solat berjemaah bersama-sama suadara-saudara lain dan menganggap remeh kedudukannya.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:-

"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah: Ayat 43)

Ayat di atas secara tegas menjelaskan kewajipan melakukan solat dengan berjemaah dan menyertai solat orang-orang yang solat; dan sekiranya yang dimaksud oleh ayat tersebut hanya menegakkannya saja, maka tidak jelaslah hubungan maksud pada hujung ayat ,"...dan rukuklah kamu bersama-sama orang-orang yang rukuk", kerana Allah telah memerintahkan agar menegakkannya pada awal ayat.

Dan aplikasi serta implikasi sewaktu Jihad / Qital pun Allah SWT juga berfirman:

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata. (Surah An-Nisa: Ayat 102).

Pada ayat di atas Allah TETAP mewajibkan solat berjemaah dalam situasi perang dan penuh ketakutan. Apatah lagi sewaktu keadaan damai? Kalau sekiranya seseorang dibolehkan meninggalkan solat berjemaah, nescaya para tentera yang berbaris menghadang musuh dan orang-orang yang terancam serangan musuh itu lebih berhak untuk meninggalkan solat berjemaah. Oleh kerana hal itu memang tidak dibolehkan meninggalkan solat berjemaah, dan dapat kita ketahui bahawa solat berjemaah itu termasuk kewajipan yang sangat penting, dan tidak diperbolehkan bagi seorang pun meninggalkannya.

Dan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)

"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."

Di dalam Sahih Muslim dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan: (mafhum)

"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah".

Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)
"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".

Dan di dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud berkata: (mafhum)

"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat."

Dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang buta yang berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?"

Maka Rasulullah SAW menjawab:
"Apakah kamu mendengar seruan azan?"

Orang itu menjawab: "Ya".

Maka Nabi bersabda: "Kalau begitu penuhi seruan itu."

Dan juga sebagai akhirnya, hadith sahih sabda Rasulullah SAW: (mafhum)

"Barangsiapa yang mendengar seruan azan, lalu ia tidak datang (memenuhi seruan solat berjemaah itu), maka tidak sah solatnya, kecuali kerana uzur".

Demikianlah kepentingan solat berjemaah dari beberapa nas-nas Al-Qur'an dan hadith.

Ya Tuhan Q,JadikanLah aku Dan anak CuCuQ oranG-oRanG Yang tetap mendirikan shalat.Ya tuhan kami,perkenankan Do'a ku.Qs.14 Ibraahim :40


Secara saintifiknya...

Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia solat secara berjemaah yang telah dirungkai melalui teori fizik yang dipetik dari Facebook yang saya jumpa.....

Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.





Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.....SUBHANALLAH..

Wallahu a’lam bissawab..


VIA..

No comments:

Post a Comment