Sunday 21 August 2011

Kelopak Ramadan......


Fadilat Ramadan

Fadilat Ramadan Hari Kelimabelas

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu cuma meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah S.W.T berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Fadilat Ramadan Hari Keempatbelas

Abu Hurairah berkata: "Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamulail (solat malam) di bulan Ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, Baginda bersabda: "Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu." (Hadis riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Al Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Ketigabelas

Abu Hurairah berkata Nabi Muhammad S.A.W bersabda:"Apabila bermula malam pertama dari bulan Ramadan, menyerulah malaikat:"Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah daripada meneruskannya:(Ketahuilah) Allah Taala banyak membebasakan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadan)." (Hadis riwayat Tarmizi dan Nasa'i)

Fadilat Ramadan Hari Keduabelas

Abu Hurairah menyatakan: Aku telah mendengar Rasullah S.A.W bersabda mengenai Ramadan yang bermaksud:"Sesiapa yang mendirikannya (Ramadan) penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Kesebelas

Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." (Hadis riwayat imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Kesepuluh

Abu Hurairah menyatakan: "Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan". (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

Fadilat Ramadan Hari Kesembilan

"Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadan ke bulan Ramadan berikutnya menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Fadilat Ramadan Hari Kelapan

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari)

Fadilat Ramadan Hari Ketujuh

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 185)

Fadilat Ramadan Hari Keenam

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Fadilat Ramadan Hari Kelima

"SETIAP hari siang dan malam pada bulan Ramadan, Allah membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima". (Hadis riwayat Abu Sa'id Al Khudri)

Fadilat Ramadan Hari Keempat

"TELAH datang kepadamu Ramadan di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah taala kebaikan daripada kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah mereka yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini". (Hadis riwayat Ubadah bin Somit)

Fadilat Ramadan Hari Ketiga

PADA bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadan. Pada malam terakhir Ramadan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka para sahabat pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberikan balasan setelah menyempurnakan tugasnya". (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Fadilat Ramadan Hari Kedua

"UMATKU telah dikurniakan dengan lima perkara istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Fadilat Ramadan Hari Pertama

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." (Al-Quran, Surah Al-Baqarah: 183)

Sumber dari Sentiasa Di hati


No comments:

Post a Comment