Wednesday, 29 June 2011

Pelangi Selepas Hujan.......^^


Merah bunga rona mewangi...
Pintal diikat dahan berduri...
Anugerah DIA pesona pelangi...
Kental semangat tahan diuji...


Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba..dugaan dan ujian yang bertimpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. kadangkala kita terasa sendirian, saat terasa betapa kita dipinggirkan..dan tika kita menyangka sudah tidak ada apa yang lagi bernilai dalam kehidupan, yang kita lihat hanya jalan suram di hadapan..

Kita marah pada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan..kita menyalahkan takdir hitam, saat sendu airmata mengaburkan kewarasan.Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Yang kita nampak hanya jalan mudah untuk melepaskan, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian..

Pernahkah sekali kita fahami alam, mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan..mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kontang, hanya dari benih hitam yang kusam..lalu bila Dia sirami hujan,maka tersenyumlah alam..betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan, atau sinar mentari yang menyinari alam..mengapa harus ada putaran alam, seperti hitam malam dihiasi bintang..mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa, mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu..

Jawabnya SENANG..

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan...untuk mengecapi kebahagiaan perlu ada pengorbanan, setiap kesenangan akan ada bayaran..seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan, dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian..

Timbulnya pelangi selepas hujan umpama hadiah buat kesabaran....diman hati hati yang merundung sebelumnya di hadiahkan cahaya pelangi yang pesoana warna yang manis melegakan.......

Biar Pun Hujan Dalam Hati, Pasti Ada Pelangi Yang Menanti.....

Kelebihan Isteri..........^^


Berapa Harga Isteri Anda.....

HARGAILAH ISTERI ANDA...

Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…….
Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan…. umpama ‘kilang ‘ manusia.
 
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang...
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
 
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari...
Susukanlah anakmu.....Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah....
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.....
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis....Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut untuk mlahirkan zuriat yang dianugerahkan Allah swt.....
Marilah kita berpegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
 
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala....kecuali dosa dosa suaminya....

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ganjaran yang banyak diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari....
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah… ganjaran Allah ke atasnya jua.....

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat...
Kalau seorang isteri asyik merungut, terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka terhadap suaminya.......
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) , lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu …
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ….

“Ya Allah…
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia”……

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illallah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
“Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!” 

Wallau'alam bissawab...

Sumber dari  http://Live Admin
 

Renungan Buat Isteri isteri.....





Wahai sang Istri ….

Apakah akan membahayakan dirimu, apabila engkau menemui suamimu dengan wajah yang berseri, dihiasi simpul senyum yang manis di saat dia masuk rumah?
Apakah memberatkanmu, apabila engkau menyapu debu dari wajahnya, kepala, dan baju serta mengecup pipinya.?!!
Mungkinkah akan menyulitkanmu, jikalau engkau berkata kepada suami : “Alhamdulillah atas keselamatan Kanda, kami sangat rindu kedatanganmu, selamat datang kekasihku”.

Wahai sang istri.....

Berdandanlah untuk suamimu dan harapkanlah pahala dari Allah di waktu engkau berdandan, kerana Allah itu Indah dan mencintai keindahan...

Pakailah parfum yang harum, dan berdandanlah, serta pakailah busana yang paling indah untuk menyambut suamimu.

Jauhi dan jauhilah bermuka masam dan cemberut.

Janganlah engkau mendengar dan menghiraukan perusak dan pengacau yang bermaksud merusak dan mengacaukan keharmonisanmu dengan suami.

Janganlah selalu tampak sedih dan gelisah, akan tetapi berlindunglah kepada Allah dari rasa gelisah, sedih, malas dan lemah.

Janganlah berbicara terhadap laki-laki lain dengan lemah-lembut, sehingga menyebabkan orang yang di hatinya ada penyakit mendekatimu dan menduga hal-hal yang jelek ada pada dirimu.

Selalulah dirimu dalam keadaan lapang dada, hati tentram, dan ingat kepada Allah setiap saat.

Ringankanlah suamimu dari setiap keletihan, kepedihan dan musibah serta kesedihan yang menimpanya.

Suruhlah suamimu untuk berbakti kepada ibu bapanya.

Didiklah anak-anakmu dengan baik. Isilah rumah dengan tasbih, tahlil, tahmid, dan takbir, perbanyaklah membaca Al-Quran terutama surat Al-Baqarah, karena surat itu dapat mengusir syaitan.

Bangunkanlah suamimu untuk melaksanakan shalat malam, doronglah dia untuk melakukan puasa sunah, ingatkan dia akan keutamaan bersedekah, dan janganlah engkau menghalanginya untuk menjalin hubungan siraturrahim dengan karib kerabatnya.

Perbanyaklah beristighfar untuk dirimu, suamimu, serta kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. 

Berdoalah kepada Allah Subhanahu Wa Taala, agar dianugerahkan keturunan yang baik, niat yang baik serta kebaikan dunia dan akhirat. Ketahuilah sesungguhnya Rabbmu Maha Mendengar doa dan mencintai orang yang khusyuk dalam meminta dan berdoa. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: “Dan Rabbmu berkata : Serulah Aku niscaya Aku penuhi doamu (Al-Ghafir : 60).


Tuesday, 28 June 2011

Pantun Hiburan Buat Yang Istimewa........^_^


(Khusus buat hubby tercinta....)


Karam perahu tirih ditepi.....
Lukalah jari melepuh siku....
Malam melagu masih bernyanyi...
Adakah diri mengeluh rindu.....

Mentari tersipu keringat bergalang…..
Pesona bayang ratib mentera…..
Hari berlalu Jumaat berulang…..
Kemana hilang kerdip kejora…....

Duka merpati tidak berbunyi…
Gagak bersilang melata dipintu…..
Suka dihati tidak terperi……
Anak  pulang berkereta baru……

Cecah mengkudu samalah sambal…..
Pinggan tak retak nasi tak dingin……
Sudah ku tahu lelah dipangkal….
Bukan tak hendak tapi tak ingin…..

Kuntum tanjung indah bertanda….
Gugur ketanah dalam seribu…….
Senyum sekantung wajah tiada..…..
Luhur merekah mencengkam qolbu……

Mencupu manggis buah rambutan….
Relai dipetik masak tak ranum……
Hatiku menangis luah perasaan….
Derai dirobek tidak bercantum..….

Pandai menukar gaya  permata…..
Pintarlah diri malu membawa….
Andai bersinar cahaya cinta....
Mekarlah hati tersipulah jiwa…..

Sirih dagang terbelah lima….
Pinta dijaga lama rungkainya…..
Kasih sayang adalah percuma…..
Permata berharga tak sama nilainya…..

Asal kapas dibuat kain…..
Warisan purba tak makan tahun…..
Bebal senafas bersirat angin….
Gurisan hamba tidakkan runtun……

Koyak kain sayangkan baju……
Belumlah lagi benang diwarna…..
Hendak yang lain buangkan daku…..
Maklumlah diri orang yang hina…..

Rintik hujan mencurah kebumi….
Amarah langit mentari kelam….
Dijentik perasaan resah dihati…..
Menarah sekelumit memori semalam……

Angankan sidara untuk berteman….
Diri gundah tersungkup dilautan….
Jangankan Kembara diceruk laman….
Ferrari sebuah sanggup ku belikan…

Asal selasih kembang sekali…..
Hendaklah lama rendam di air….
Asal kasih mengambang dihati…..
Tidaklah cuma bersulam di bibir……

Burung tiak terbang diawan…..
Jatuh kebumi luka sayapnya…..
Murung tidak kenang pun bukan….
Tersentuh hati apa sebabnya…..

Asam kandis mari dihiris……..
Manis sekali rasa isinya……..
Salam gerimis dairi terlukis…..
Secebis erti mesra budinya…..

Ayam rintik di pinggir hutan…..
Mati dirumpun terbayang di telaga….
Dendam berputik mungkir ingatan….
Berganti tahun terkenang juga…..

Bila memandang ke muka laut…..
Nampak sampan mudik ke hulu…..
Bila terkenang minda meraut…..
Hendak ku simpan berputik rindu…..

Liat berinti tauhunya basah……
Tidak dibelah lepa membeku….
Niat hati tak mahunya berpisah…..
Kehendak Allah siapa yang tahu…..

Perigi buta bertambah dalam….
Hutan di hulu menjadi sawah…
Hati terluka bercambah dendam….
Makan tak lalu mandi tak basah…

Hari gerimis melilit benangan….
Angan menjahit baju anakanda….
Diri  menangis terpalit kenangan….
Jangan diulit lagu balada….

Cahaya menjelma di lubuk ikan…
Kabut berlalu padang serentang..….
Saya umpama habuk di papan….
Dipuput bayu terbang melayang….

Cahaya purnama di gunung curam…
Tanda berhias awan bermendung….
Saya umpama si burung balam…
Minda terlepas badan terkurung…

Guruh berdentam mentari mengalah....
Kuntum cahaya kerlipan mati..
Seluruh alam ku cari sudah....
Belum bersua pilihan hati....

Pasir putih di pinggir kali..
Pekan menyabung ayam berlaga...
Kasih tak boleh dijual beli..
Bukannya benda buat berniaga...

Lampai ribu pokok mengkudu....  
Butir permata jatuh ke ruang....
Andai rindu dilubuk qolbu....
Mungkir dikata berputik sayang...

Jatuh delima di bumbung pasak…
Berderai seribu isi selasih…
Tujuh tahun dilambung ombak ….
Bercerai rindu hati yang kasih……

Pohon mengkudu tumbuhnya rapat…
Bertemu dengan sidahan jati….
Tahun yang baru teguhnya semangat….
Pilu jangan simpan dihati…….

Hitam sekerap dicucuhnya api….
Dekat belukar dahan mencupu….
Geram mengharap guruhnya tadi…
Kilat memancar hujan tak lalu….

Anak udang udanglah karang.…
Tangan membilang sianak tenggiri….
Hendak pulang pulanglah sekarang…..
Jangan dikenang kelak mencari…..

Kain batik negeri seberang……
Dipakailah teruna Tanah Melayu….
Ingin ku petik diri seorang…..
Andailah hina sukakah kamu…..

Apa guna memasang pelita….
Jika tidak dengan sumbunya….
Apa guna bersandang kata….
Luka retak berangan kalbunya….

Buah kuinin jatuh tercampak….
Pecah menimpa bunga selasih….
Tuah mungkin jauh tak nampak….
Tidaklah lupa pada yang kasih…..

Kajang tuan galang berlipat….
Milik saya mengkuanglah layu…
Dagang tuan pulang bertempat….
Serik saya membuanglah rindu….

Kuah madu disangka manis….
Selasih terendam di dalam cawan….
Luah rindu berduka tangis….
Masih berdendam bersulam rawan….

Dari Arab turun ke Aceh…
Bersampan ke Jawa berkebun serai….
Diri mengharap serumpun kasih….
Badan dan nyawa embun berderai…

Layu melati putik terapung….
Rampai pandan di dalam puan….
Rindu hati berdetik jantung….
Sampai berzaman memendam ingatan.…

Helang dan merbah di pangkal reput…
Manakan pula berkicau jenjang….
Sedangkan bah kapal tak hanyut….
Inikan pula kemarau panjang….

Mandi segayung tiada basahnya.....
Salahkan perigi airnya cetek.....
Budi sekarung tiada indahnya....
Entahkan diri mungkirnya robek....

Lautan madu pantainya segar.....
Haus tidaklah dapat diminum....
Tautan rindu badainya besar.....
Harus tidaklah dapat dicantum......

Banyak jati perkara jati.....
Jati yang mana kuatnya dahan.....
Banyak hati perkara hati....
Hati yang mana lekatnya tuan...

Alun tempua indah dikabar…
Patah luka dicelah dahan…..
Pantun tiga sudah ku kembar…..
Entah suka entahkan bosan…..

Mengapa digarap besar cemara….
Takut meranti dihinggap kala….
Apa diharap mendengar suara……
Takut nanti tak sedap pula……

Letaklah guri disudut lintang….
Pandangkan paya sedalam mana…
Layakkah diri disebut sayang….
Sedangkan cahaya kelam pesona….…

Layu layuan melati di taman....
Tidak kerana bayu melanda.....
Rindu rinduan di hati jangan....
Kelak merana kalbu dan minda.....

Indahlah kebaya kilau permata....
Teruja pabila bersulam tepi....
Sudahlah cahaya kemilaunya tiada....
Senja pula kelam menyepi....

Badai besar membuai kota....
Irama berhantu dibawa deru.....
Andai benar bagai dikata.....
Sukma berlagu jiwaku syahdu......

Benci benci sibuah durian.....
Jangan tercucuk duri yang tajam....
Hati hati membelah rawan.....
Jangan tercatuk hati yang dendam.....

Hendak luntur lunturlah selendang....
Kebaya dijahit bersirat lipan.....
Hendak subur suburlah sayang....
Supaya pahit dapat ditelan.....

Lautan madu pantainya segar....
Haus tidaklah dapat diminum....
Tautan rindu gapainya kasar.....
Harus tidaklah dapat dicantum.....

Andai berumah di Muara Lokan....
Takut nanti airnya pasang....
Pandai beramah bicara sopan....
Lurut dihati zahirnya ku kenang....

Kalau tak hiris retak isinya....
Ciku berangan merata selerak.....
Kalau nak nangis bengkak hatinya....
Pilu jangan dikata tidak.....

Mandi segayung tiada basahnya.....
Salahkan perigi airnya cetek.....
Budi sekarung tiada indahnya.....
Entahkan hati mungkir dirobek.....

Batang bersirat dihempap kotak.....
Puyuh bernyawa ingin berlagu....
Pegang tak dapat ditatap tidak.....
Jauh dibawa angin berlalu.....

Atap pecah ditoreh helang.....
Terselak kayu diintai nuri.....
Tatap wajah boleh dipandang.....
Kelak rindu merantai diri......

Runtun maya irama berbisa.....
Dijengah mega gundahnya senja.....
Pantun cahaya cuma yang biasa....
Menengah ketiga indahnya tiada......

Tiak mengalun hinggap di gua....
Laksana senja sayu berlabuh....
Hendak ku pantun serangkap dua....
Kerana teruja rindu yang jauh....

Perdu pisang berselang seli.....
Mekar buana dimaya pagi....
Rindu datang berulang lagi....
Segar pesona bercahaya seri....

Suara hujan bak maya syahdu....
Turut bernyawa langit mengaum.....
Bicara intan bak cahaya ungu.....
Lembut dijiwa sedikit senyum....

Mana indah indahnya pagi.....
Terbang kedidi tiada berkawan....
Mana mungkin gundahnya hati.....
Abang di sini tanda ingatan......

Putihlah seri sutera pelangi....
Bermimpi intan harum baiduri.....
Masihkah sudi bicara sekali......
Berjanji akan tersenyum di sini.....

Helang di langit jatuh ke bumi.....
Entah tenat entahkan luka.....
Hilang seminit melepuh dihati.....
Entah ingat entahkan lupa.....

Mana mungkin permata debu.....
Andai tiara di cerpa biru.....
Mana mungkin berkata rindu.....
Andai bicara menyapa layu....

Gerimis bayu curahan air.....
Basah merpati petanda sayu....
Manis berlagu rekahan bibir....
Adakah hati bercanda seribu....

Toleh bayang toleh semalu.....
Kekal tepi kerana lulur.....
Boleh sayang boleh rindu....
Asal hati pesona jujur......

Pinang lama sudah ditebang.....
Harum mencupu tiada berbunga.....
Sayang nama indah dikenang....
Belum tentu pada empunya.....

Belalang kunyit patah di kaki....
Entahkan luka tidakkan bunyi....
Hilang seminit gundah dihati....
Entahkan suka entahkan benci......

Buah berangan masaknya merah...
Nangka sebiji di dalam perahu...
Basah di tangan nampak berdarah...
Luka di hati berdendam rindu....

Ayam rintik di pinggir hutan…..
Mati dirumpun terbayang di telaga….
Dendam berputik mungkir ingatan….
Berganti tahun terkenang juga….. 

Santun puteri bersama tarian....
Hijau selendang warna senada....
Pantun ini cuma rekaan.....
Gurau dendang pesona minda....^^


Nukilan...

Cahaya Matahati



Monday, 27 June 2011

Pantun Santapan Rohani.......

Indah bersulam selapis anyaman.....
Santun dipakai selendang idaman….
Ziarah bersalam sehiris senyuman....
Pantun melambai mengundang teman....

Kudup bunga sianak durian….
Tanda dicelah permata merah…..
Hidup di dunia banyak dugaan….
Kepada Allah kita berserah….

Tupai kuyup bulu melekat…
Anaklah siput di rekah dahan…
Andai hidup selalu selamat….
Hendaklah menyahut perintah Tuhan….

Kudup melati jangan dipatah…
Tandalah apa kesat di raga….
Hidup mati di tangan Allah….
Tiadalah siapa dapat menduga….

Hidup merpati di atas dahan….    
Terbang pergi ke lain pohon….
Hidup mati tulisan Tuhan…. 
Kepada Allah izin bermohon....

Ulam rawan di atas dulang….. 
Tidak direndam basah ditimba..….
Dalam AlQuran luas terlarang….
Jejak haram usah dicuba…

Kemilau  teratak indah bercahaya….
Kekal dilihat belum berpenghuni …
Jikalau hendak menongkah bahagia….
Beramal ibadat sebelum mati…

Berita merindu resahlah emak….
Hati berhajat hendak berpaut…
Harta dunia usahlah tamak…
Mati jasad tidak diikut….

Sedia pelita hendaklah lima …..
Asaplah api jangan dibalan…
Usia kita tidaklah lama…. 
Bersiaplah diri dengan bekalan….

Celup permata berinti delima…
Cahaya seri kelaklah terlihat….
Hidup kita mesti beragama….
Supaya diri tidaklah tersesat…

Kemilau indah teratak sebelah….
Luas mencengkam padi di sawah….
Kalau sudah kehendak Allah…           
Beras segenggam jadi sekawah.…

Leka membajak terentap kaca….
Angan menuju pantai bersama…
Jika tak banyak kitab dibaca….
Jangan mengaku pandai agama…

Pandangkan labi masihkan dekat….
Lagikan rela berenang si ikan…
Sedangkan nabi kasihkan umat…
Inikan pula seorang insan….

Basah kepak lelah bermaya….
Merak mengalun tepian pusara…
Usah terjebak kancah dunia…
Kelak meruntun beban sengsara….

Andai mentari bersinar cahaya…               
Taman mengapa dibiar basah….
Andai diri bertukar kaya….…..
Jangan dilupa tikar sejadah……..

Hati sayu berpisah dua...........
Tersungkur lelah tidak terbawa....
Pagi syahdu anugerah DIA.....
Syukur Alhamdulillah masih bernyawa….

Tumbuh rendah melata rumput……
Renda luntur tiada yang suka…..
Alhamdulillah kita menyebut…..
Tanda bersyukur pada Yang Esa……

Basah rumpun curahan mega…..
Baldi dibawa tiada dipaksa…..
Usah diruntun perasaan hiba…..
Abadikan jiwa pada YANG ESA…

Selat Teberau bergenang lama…..
Memecah sayup pandangan sunyi……
Solat fardhu tiang agama….
Baraqah hidup ketenangan rohani….

Manggis merekah mencupu subur…..
Mayang bertingkat hendak ditebang….
Menangis jenazah di pintu kubur…..
Terkenang jasad tidak sembahyang….

Bertamu bumi sebaklah mentari…..
Bulan purnama rona kurnia….
Ilmu ukhrawi hendaklah dicari….
Bukan cuma pesona dunia….

Buah macang melentur rendah….
Dahan meranti bercabang dua...….
Bertuah abang beristeri solehah….
Belahan hati penenang jiwa…..

Pisang kelat digonggong merpati….
Jatuh ke laman disambar kambing….
Pasang niat menyongsong hati….
Runtuh iman terbiar sumbing….

Halia ini tanam-tanaman…..
Ke barat juga akan tumbuhnya
Dunia ini pinjam-pinjaman….
Akhirat juga akan sungguhnya….

Hijau dedalu puakanya rimba…..
Puyuh merintih bergaya lelah….
Kemilau rindu cintanya hamba…
Penyuluh kasih cahaya Allah…

Syahdu memikat siputih melati…..
Dibaja disiram suburnya sekejap.…
Rindu terpahat kasih Illahi….
Manja bersalam syukurnya digarap…..

Merbah bayan menyapa lelayang…
Bisalah lelah bertapa di bahu…..
Sudah hairan mengapa disayang….
Kuasalah Allah siapa yang tahu…..

Temu pahit di buluh redup….
Perdu beringin di kanan laman….
Ilmu Tauhid penyuluh hidup…..
Fardhu Ain santunan iman…

Indahlah puteri senyum memikat…
Hebat melangkah kebaya merah…..
Insaflah diri sebelum terlambat…
Taubat nasuhah cahaya Allah….

Gerimis curahan badai menyambut gelora.....
Jemari berpautan di mata yang sekata.....
Menangis luahan bagai rerambut bicara.....
Mencari tautan cinta Sang Pencipta.......

Tak sedar tergigit peria kelat….
Pecahlah gusi mulut melepuh….
Gementar digamit cahaya solat…..
Rendahlah diri bersujud simpuh….

Syahdu mentari berganti pagi....
Solat amalan pesona syariat.......
Ilmu dicari pasti tak rugi....
Buat bekalan dunia akhirat.....

Retak di gua tempias sepetang.....
Daun merimbun biasa diguna....
Banyak berdoa selepas sembahyang....
Mohon diampun dosa di dunia....


Kelat mengkudu tak indah dimakan...
Denai terbiar di ceruk pusaka......
Solat itu perintah Tuhan...
Andai ingkar masuk neraka...

Nukilan.....

Cahaya Matahati