Sunday, 5 June 2011

Matematik Formula Juzuk Al Quran...








Cara Mengetahui Juzuk Al Quran Dengan Menggunakan Formula Matematik

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Pahala paling senang untuk kita perolehi adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah Kalamullah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia).

Tip ini adalah cara untuk cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana dengan hanya menggunakan formula matematik ringkas, kita akan mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Mari kita sama-sama belajar dan berfikir....~_~

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442.

MasyaAllah.....suatu ilmu yang amat berguna dalam mempelajari Al Quran....sungguh menakjubkan...sesungguhnya Allah swt menganugerahkan kita akal untuk kita garapkan dalam perlakuan dan perlaksanaan didalam kehidupan kita sebagai hambaNya........Subhanallah....



Sumber diperolehi dari..


http://lovemeenot.blogspot.com/2011/01/cara-mengetahui-juzuk-al-quran-guna.html

No comments:

Post a Comment