Wednesday, 22 June 2011

Titisan Doa Buat Suami.........




Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas….
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya…
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu…
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya…
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya….
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya….
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya….

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang...
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu…
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya…
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena…

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku….
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu....

Ya Allah

Hapuskanlah prasangka dan curiga suamiku
Terhadap diri dan penuhkanlah hatinya dengan limpahan kasih sayangnya terhadapku…..
Sesungguhnya aku amat menyayangi suamiku
Dengan seadanya…..
Dan berikanlah
Limpahan cahaya penyuluhMu
Agar kami tidak tergelincir dari landasanMu…
Peliharalah suamiku dari perasaan bolak balik terhadap diriku….
Dan rahmatilah rumahtangga kami…..

Ya Allah

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku amat buta tanpa bimbinganMu..
Aku amat cacat tanpa hidayahMu..
Aku amat hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yang Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi…dan mengasihi
Isteri yang solehah….
Isteri yang sentiasa dihati…..

Amin, amin Ya Rabbal 'Allamin….

No comments:

Post a Comment