Permata delima kala berinti…
Mulus dilihat menjerat pesona….
Mata umpama jendela hati…
Pencetus kasrat bersirat makna..…
Kalaulah ada benda yang lebih cepat dari qada’ dan qadar, benda itu ialah MATA. Awasilah ‘hasad mata’ atau ‘lontaran mata’.
Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, baginda pernah memberitahu para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang adanya mata jahat yang sangat merbahaya. Menurut baginda, mata mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia dan juga menentukan nasib mereka. Ada mata yang baik dan ada mata yang jahat. Oleh itu, setiap orang diperingatkan supaya berhati-hati dengan mata yang jahat.
Ustazah juga menceritakan of how orang Arab menyembunyikan anak-anak mereka yang baru lahir dek kerana rupa paras yang cantik. Ini kerana, mereka risau bahawasanya pujian-pujian manusia ini bakal mendatangkan riak. Lantas, memberikan keburukan kepada anak tersebut. Lebih-lebih lagi pabila anak-anak ini dilihat dengan ‘hasad mata’.
Selain itu, kata-kata pujian yang berlebihan adalah dilarang bagi manusia kerana segala puji hanyalah bagi Allah SWT.
Sebab itulah kita selalu saja mendengar bahawasanya gadis-gadis yang cantik lagi rupawan yang seringkali mendapat pujian dan sanjungan, berakhir dengan dengan kehidupan yang melarat dan menderita. Remaja yang cerdik pandai di peringkat universiti kecundang di tengah jalan. Pasangan suami-isteri yang bahagia akhirnya berantakan.
Oleh itu, ustazah mensarankan kita, sekiranya anda atau sesiapa sahaja menerima pujian daripada seseorang atau banyak orang, balaslah dengan ucapan “MasyaAllah, La quata Illa billah”.
Sebagai pendinding daripada ketulusan mata jahat ini, ustazah Fatima El-Zahra berpesan supaya kita mengamalkan bacaan kalimah;
sebagai pelindung.
'Oleh itu, wahai sahabatku sekalian, berawaslah dgn hasad mata!'
(dipetik dari majalah Aniqah, oktober 2009)
Sumber dari blog jiran.....tq share....~_~
No comments:
Post a Comment